Vitamin Semulajadi



Apa itu Vitamin..

Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan oleh organisma hidup dalam kuantiti tertentu untuk membantu aktiviti tubuh badan, misalnya vitamin C diperlukan untuk kesegahan sel


Perkataan Vitamin

Bermula pada awal 20-an apabila seorang ahli kimia iaitu Casimir Funk berjaya memisahkan zat kristal daripada hasil pemprosesan beras dan menyedari bahawa zat itulah yang diperlukan oleh badan kita dalam menjalankan kehidupan seharian. Asalanya ia dikenali sebagai 'amine' dan akhirnya disebut 'vitamine' dan selari dengan arus kemodenan yang dikecapi pada hari ini, maka perkataan vitamin digunakan. 

Tumbuhan memainkan peranan penting dalam pembuatan vitamin dan sedikit sekali penghasilan vitamin menggunakan bakteria dan jarang menggunakan haiwan. Atas dasar itulah kita digalakkan memakan sayur-sayuran serta buah-buahan jika dibandingkan dengan makanan berasaskan haiwan. 


Kriteria Vitamin

Vitamin seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti:
  • Nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit supaya tubuh kita dpaat menjalankan fungsi dengan baik
  • Berasal dari bahan kimia organik, iaitu mempunyai satu atom karbon dalam struktur molekulnya
  • Terdapat simptom tertentu yang berlaku akibat kekurangan vitamin dan boleh diatasi dengan pengambilan vitamin dalam jumlah yang disarankan


Jenis-jenis Vitamin

  • Vitamin larut lemak = terdiri daripada vitamin A,D,E,K dan merupakan vitamin yang berminyak. Vitamin jenis ini disimpan di dalam lemak badan dan boleh disimpan dengan lama. Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan
  • Vitamin larut air = terdiri daripada vitamin B dan vitamin C dan vitamin ini tidak dapat disimpan di dalam badan. Disebabkan faktor itu, pengambilan vitamin ini diperlukan dalam setiap hidangan. Vitamin yang larut dalam air akan dikeluarkan bersama-sama bahan kumuh yang lain.


Adakah saya memerlukan Vitamin?

  • Kita sering menerima pil vitamin dari klinik dan hospital semasa keadaan tertentu, seperti demam atau ibu hamil. Oleh itu, vitamin seringkali disalahertikan sebagai ubat sedangkan ia amat jauh perbezaannya dengan ubat


Perbezaan antara Vitamin dan Ubat



UBAT – UBATAN


VITAMIN
Ubat terdiri dari komponen yang dihasilkan dari bahan-bahan berunsur dadah (drug) bagi menangan beberapa gejala yang disebabkan oleh jangkitan di dalam tubuh.


Vitamin adalah elemen yang membina sel, tisu dan sistem dalam tubuh badan kita. Vitamin diperlukan untuk melancarkan proses dalaman tubuh, meneguhkan sel, imuniti dan sebagainya.

Ubat diambil semasa dilanda sakit, dan ubat tertentu hanya untuk penyakit tertentu.

Vitamin diperlukan setiap hari, terutama untuk vitamin larut air yang tidak dapat bertahan lama dalam badan. Diambil samada dalam bentuk makanan sebenar atau pil/cecair vitamin.

Pengambilan ubat yang berterusan, tersilap, dan berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Pengambilan vitamin yang berterusan memberi ketahanan badan terhadap penyakit (kecuali jika diambil berlebihan atau pengambilan vitamin sintetik).



Kenapa Kita Perlu Vitamin?


Ramai berpendapat bahawa vitamin tambahan tidak diperlukan sekiranya kita mendapat pemakanan yang lengkap, mengikut piramid makanan.

Namun untuk beberapa keadaan, tahukah anda bahawa anda masih memerlukan vitamin tambahan?

Contohnya: 

1. Makanan yang diambil bukan dari sumber organik.

2. Tanah pertanian yang tidak dirawat dan dipulihkan mengurangkan nilai nutrisi dalam tumbuhan (buah dan sayur).

3. Sayur yang dimasak terlalu lama merosakkan vitamin yang terkandung di dalamnya.

4. Pengendalian buah-buahan dari ladang ke gudang, kilang, kedai dan sebagainya mungkin menjejaskan kandungan vitamin buah-buahan tersebut.

5. Pengambilan ubat-ubatan boleh mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap vitamin dari makanan.

6. Makanan yang disimpan lama mengalami penyusutan vitamin.

7. Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.

8. Pengambilan makanan rapu membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu contohnya MSG, garam, gula berlebihan dan sebagainya.

9. Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan boleh memudaratkan kesihatan.


Kesan Kekurangan Vitamin dan Mineral?

Kesan kekurangan vitamin dan mineral dapat dilihat dari pelbagai sudut, bergantung kepada jenis vitamin tersebut. 

Antara tanda-tanda yang dapat dilihat: 

Kekurangan Vitamin A: Mata terasa kering dan perit 

Kekurangan Vitamin B: Bibir pecah, kemurungan, badan penat, mudah berasa tertekan, kulit berminyak, jerawat 

Kekurangan Vitamin C: Luka lambat sembuh, kulit kering dan kusam 

Kekurangan Vitamin D: Sakit otot dan sendi 

Kekurangan Vitamin E: Kulit berminyak, berjerawat, kurang ghairah seksual, penuaan sebelum masanya 

Kekurangan Vitamin K: Pendarahan pada gusi, buasir 

Kekurangan Kalsium: Kejang otot, sakit kepala, tulang rapuh, kebas-kebas, tekanan perasaan 

Kekurangan Zink: Luka lambat sembuh, rambut gugur, kuku rapuh, ekzema 

Kekurangan Zat Besi: Anemia, sering kepenatan, kuku rapuh, sembelit 

Kekurangan Iodin: Beguk 

Kekurangan Selenium: Sukar dapat anak, imuniti yang lemah 

Bagi menghindari masalah kekurangan vitamin dan mineral dan menghindari gejala-gejala di atas, penambilan vitamin dan mineral tambahan amat digalakkan. Ia bukan saja mengatasi masalah seperti di atas, malah juga menjaga tubuh badan dan mengelakkan dari terkena penyakit dengan cara menguatkan imuniti tubuh.



Hubungi saya dengan kadar segera bagi mendapatkan sebarang rundingan atau konsultansi dan mengikut bajet cadangan anda. Untuk maklumat lanjut hubungi:

NURHANIM MOHAMED NOOR
SHAKLEE ID: 1076274
NO. HANPHONE: 010-9333205
FB:  Nur Hanim 


“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga!

Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Eksklusif di Facebook”

NURHANIM MOHAMED NOOR
SHAKLEE ID: 1076274
NO. HANPHONE: 010-9333205
FB:  Nur Hanim 








No comments:

Post a Comment