Masalah Rambut


Jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi bila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi lalu terjadilah uban apabila usia meningkat. MEMILIKI rambut cantik menjadi impian semua orang, tidak kira wanita atau lelaki. Malah, ada kalanya dandanan rambut lelaki lebih bergaya sehingga mengalahkan wanita.
Tidak kira apa gaya rambut anda, yang penting ialah memiliki rambut sihat dan ikal. Kepala kita mempunyai kira-kira 100,000 folikel rambut dan secara purata setiap folikel boleh mengeluarkan rambut sebanyak 20 kali sepanjang hayat seseorang.
Bagaimanapun, bukan semua folikel ini aktif menumbuhkan rambut sepanjang masa kerana ia mempunyai fasa `bekerja dan rehat'. Kitaran antara fasa bekerja dan rehat ini berbeza antara individu dan bahagian badan yang mempunyai rambut.
Malah, pertumbuhan rambut juga tidak berlaku serentak. Setiap masa, ada saja rambut tumbuh atau gugur. Jika rambut tumbuh dan gugur serentak, tentu pada satu-satu masa kita melalui `fasa' botak sementara menunggu rambut baru tumbuh.
Semakin meningkat usia, jumlah folikel yang mampu menumbuhkan rambut baru menyusut secara semula jadi berbanding rambut yang gugur. Keadaan ini menyebabkan ada bahagian yang berambut jarang, terutama di tengah kepala. Pada wanita, keadaan ini mengakibatkan rambut menjadi nipis dan pada lelaki, mereka mula mengalami masalah botak.
Rambut tumbuh pada kadar satu sentimeter sebulan. Sehingga kini tiada siapa tahu dengan pasti apa yang mengawal pertumbuhan rambut tetapi kesihatan dan amalan pemakanan penting untuk mendapat rambut sihat.
Kepercayaan memotong rambut boleh menggalakkan pertumbuhan rambut sebenarnya tidak tepat. Malah, mencukur juga tidak mempengaruhi kadar pertumbuhan atau tebal nipisnya rambut anda kerana ia ditentukan oleh bahan genetik setiap orang.
Banyak perkara boleh mempengaruhi kesihatan rambut seperti:
  • Diet yang mendadak dan keterlaluan.
  • Terlalu banyak minum minuman keras (rambut tumbuh pada kadar lebih perlahan).
  • Kekurangan zat seperti zink (menyebabkan rambut yang tumbuh itu halus, jarang dan mudah gugur) dan vitamin B (menggalakkan pertumbuhan, menguatkan dan menjadikan rambut berkilat).
  • Perubatan - Kaedah rawatan kanser boleh menyebabkan keguguran rambut yang teruk. Bagaimanapun, rambut akan tumbuh kembali sebaik pesakit berhenti mengambil ubat atau mendapatkan rawatan.
  • Keguguran rambut - Ini adalah masalah yang merisaukan, terutama jika keguguran itu teruk. Jika anda menyikat atau menarik rambut, beberapa helai rambut akan gugur dan ia dipanggil telogen.
Rambut ini mempunyai akar lemah dan akan tercabut awal, terutama jika perlakuan terhadap rambut berubah. Ini termasuk penggunaan syampu, perapi atau sikat baru. Ramai menyalahkan syampu dan perapi yang baru dicuba apabila mengalami keguguran rambut.
Sebenarnya, anggapan ini kurang tepat kerana yang gugur itu adalah rambut telogen dan bukan kerana syampu. Keadaan akan kembali seperti sedia kala selepas dua atau tiga hari kerana rambut yang gugur digantikan semula dengan rambut baru.
Dua masalah utama yang kerap dihadapi baik lelaki dan wanita ialah keguguran rambut dan kelemumur. Keguguran rambut boleh disebabkan penyakit atau tindak balas badan terhadap perubahan paras hormon testosteron.
Setiap orang memiliki antara 80,000 hingga 150,000 helai rambut dan setiap rambut melalui tiga fasa sepanjang jangka hayatnya iaitu pertumbuhan (anagen, antara satu hingga lima tahun), rehat (telogen, selama beberapa bulan) dan gugur (katagen). Keguguran antara 50 hingga 200 helai rambut sehari adalah normal.
Keguguran melampau boleh mengakibatkan rambut menjadi nipis (sikit) sehingga menampakkan kulit kepala sebelum mengalami masalah botak. Walaupun gejala botak dipengaruhi faktor hormon, biasanya ia turut menjadi masalah keturunan.
Keguguran rambut melampau boleh disebabkan gangguan metabolik (seperti kencing manis, tiroid dan diet keterlaluan), kerosakan akar rambut akibat penggunaan bahan yang terlalu kuat kesannya, tekanan perasaan (kesan sampingan penyakit) dan masalah kulit kepala.
Hampir 50 peratus penduduk sesebuah negara mengalami masalah kelemumur. Ia mungkin disebabkan tekanan atau masalah kulit, tetapi kebanyakan kes berpunca daripada jangkitan fungus Pytyrosporum ovale.
Fungus ini secara semula jadinya hidup di atas kulit kepala, tetapi bagi sesetengah orang ia menyebabkan jangkitan teruk (banyak kelemumur). Ia hidup dengan memakan minyak pada kulit kepala dan menyebabkan keradangan serta kulit mati. Masalah kelemumur bertambah teruk jika kulit kepala kering.
Bagi masalah kelemumur ringan, ia boleh diatasi dengan mencuci rambut setiap hari sehingga kelemumur terkawal diikuti dua kali seminggu untuk mengekalkan kesihatan kulit kepala.
Selain itu, faktor pemakanan mempengaruhi keadaan kulit kepala dan rambut. Pemakanan seimbang sebenarnya membekalkan khasiat mencukupi untuk mendapat rambut sihat. Antara khasiat pemakanan yang penting untuk kulit kepala dan rambut sihat ialah niasin, biotin, zink, vitamin A, B6 dan C.
Bagaimanapun, sesetengah jenis makanan dikatakan boleh merangsang masalah kelemumur seperti minuman atau makanan mengandungi banyak cecair yang dimakan ketika panas, makanan berempah dan alkohol. Menghindari kumpulan makanan ini didapati boleh mengurangkan masalah kelemumur bagi sesetengah orang.
Untuk mendapatkan kulit kepala dan rambut sihat, kita disaran mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Bijirin penuh.
  • Daging tanpa lemak, ikan dan ayam.
  • Produk susu rendah lemak.
Tapi mampukah anda semua mencapai pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan masalah rambut. Shaklee lebih 20 tahun di Malaysia menawarkan produk terbaik di seluruh dunia. Set rambut idaman menjadi kegilaan para lelaki dan juga wanita.


cegah selagi boleh!


Hubungi saya dengan kadar segera bagi mendapatkan sebarang rundingan atau konsultansi dan mengikut bajet cadangan anda. Untuk maklumat lanjut hubungi:

NURHANIM MOHAMED NOOR
SHAKLEE ID: 1076274
NO. HANPHONE: 010-9333205
FB:  Nur Hanim 


“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga!

Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Eksklusif di Facebook”

NURHANIM MOHAMED NOOR
SHAKLEE ID: 1076274
NO. HANPHONE: 010-9333205
FB:  Nur Hanim 




Jangan lupa untuk klik pada butang g+ tanda sokongan anda kepada kami.


No comments:

Post a Comment